Gadis Berjubah Biru

7:41 AM 8/11/2011

Qasih 1


                                                  

Ketenangan dan keindahan suasana di kampung itu begitu mendamaikan hati dan jiwa Awanis, sudah lama dia tidak mendengar kicauan burung dan hembusan angin yang bertiup dingin membawa khabar Laut China Selatan. Perjalanan 6 jam dari K.L amat meletihkannya walaupun duduk didalam bas yang berhawa dingin. Kali ini awanis akan menghabiskan sisa cuti semesternya yang hanya tinggal sebulan. Sekuntum senyuman terukir mesra di bibir seorang wanita separuh abad yang berdiri dimuka pintu menyambut kepulangan awanis. Kepulangannya itu disambut riang oleh ibunya yang sudah lama merindukan anak perempuan tunggalnya itu, apatah lagi ketika ini Puan Aminah tinggal berseorangan dirumah apabila suaminya masih memerah keringat di pelantar minyak dan anak-anaknya yang lain tinggal berjauhan darinya. Kepulangan Awanis juga kebetulan dengan Bulan Ramadhan yang akan tiba 2 hari lagi. Sememangnya Awanis ingin berehat setelah menghabiskan 3bulan cuti semesternya bekerja sambilan sebagai cikgu tadika dan guru tusyen di kuala lumpur.

Awanis meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik tidur yang kelihatan kemas dan tidak terusik. Biliknya itu sudah lama ditinggalkan sejak dia diterima menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Hanya apabila cuti semester sahaja Awanis akan pulang menjenguk ibu dan ayahnya di kampung. disebabkan kekangan masa dan jadual kelasnya yang padat serta tugasan yang sentiasa memerlukan banyak masa untuk disiapkan membuatkan Awanis jarang pulang ke kampung. Adakalanya dia hampir mengalah apabila berhadapan dengan pelbagai masalah di tempat kuliahnya. Namun dia tetap bertahan untuk menghabiskan 4tahun pengajiannya sebelum memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Kepujian Senibina Lanskap. Awanis sedar bukan senang untuk dia berada di tangga itu sekarang. hanya tinggal setahun setengah sahaja lagi sebelum dia menamatkan pengajiannya. 

Awanis duduk dibirai katil membuka tudung yang membaluti kepalanya. Cuaca pada hari itu agak panas, Awanis membuka almari pakaiannya dan menyalin pakaiannya.awanis mengeledah beg pakaiannya,tidak banyak baju tshirt yang dibawa pulang. Awanis merebahkan diri di katil usang itu. Dia memejamkan matanya yang keletihan seketika. 


                                                                                                                                          bersambung.....

26/11/2011 
4.52 pm / shah alam

Qasih 2

Suasana di KFC Seksyen 7 pada hari itu sangat sibuk seolah-olah ada perjumpaan peminat-peminat Maher Zain jer...Awiya dan Madinna tersengih-sengih melihat Awanis yang nampak 'nervous'. Maklumlah perjumpaan ni memang khas untuk Awanis dan Ilman. 

" Madinna, Wanis nervous la, boleh tak kalau kite tak jumpe die..? " Awanis memandang sekeliling di dalam restoran itu kalau-kalau Ilman dan Haqim sudah sampai disitu. 

" alaa Kak Wanis buat relaks sudah la, kalau kak wanis nervous, madi lagi nervous tau...madi pon tak pernah jumpe dengan abg si haqim tu.." madi memandang awie yang hanya mengerutkan keningnya tanda tidak tahu apa-apa. 

" dah lama tunggu kami..? " tegur seorang lelaki berbadan agak berisi bersama seorang lagi agak kurus dan memakai cermin mata berbingkai hitam. tiga orang lelaki mengambil tempat duduk, masing2 menghadap satu sama lain, ilman menghadap awanis, haqim sudah tentulah mengadap buah hati kesayangannya madi, dan seorang lagi kawan mereka mngadap awie, mungkin ada cinta yang berputi lepas ini ..hehe..

" erkk..terkejut kami, tak la lama sangat " awanis bertambah gelabah apabila lelaki dihadapannya itu menjelajah raut wajahnya yang sudah hampir pucat itu. awanis mengukir sebuah senyuman manis menyambut salam perkenalan dari ilman.

"Maaf la sebab lambat sikit sampai...Awanis sihat..?" Ilman hanya tersenyum melihat Awanis tertunduk pucat sejak mereka sampai....mungkin gadis ini tak biasa berjumpa dengan lelaki tanpa ada urusan penting, dari pakaiannya Ilman dapat mengagak gadis dihadapannya itu bukan seperti gadis-gadis yang suka melaram dan bersolek tebal dengan gaya 'trend fashion' zaman millenium sekarang...pakaianya hanyalah baju kurung berbunga biru dan bertudung polos agak labuh,memenuhi ciri-ciri pemakaian seorang muslimah. Alhamdulillah ..detik hati Ilman....

"Alhamdulillah saya sihat...." Awanis hanya mengangkat wajahnya sekejap memandang Ilman sekadar menghormati pertemuan tersebut. 

Mereka tidak lama di situ, selesai menikmati satu set hidangan chicken chop dan bercerita tentang diri masing-masing , awanis meinta diri untuk pulang dahulu, mereka bertiga berjalan meninggalkan restoran itu sambil diperhatikan oleh tiga jejaka tersebut. bermula dari saat itu ilman sering menghubungi awanis dan awanis menganggap ilman sama seperti kawan-kawan lelakinya yang lain. tapi di pihak ilman dia seolah2 semakin mengasihi awanis dan jauh disudut hatinya mengharapkan awanis membalas kasihnya. 



                                                                                                                                   bersambung.....

7 / 12 / 2011 
2.41 pm / shah alam

Ketukan dipintu bilik mengejutkan lamunan Awanis, rupanya jam dah menunjukkan hampir pukul 7.30 malam, lama juga Awanis terlelap kerana terlalu letih berada didalam bas. 

 Puan Aminah mengetuk pintu bilik Awanis yang berkunci rapat....Awanis bingkas bangun dan membuka selak pintu biliknya...lamunannya td yang membawa lena terus terhenti. Kenangan lalu menggamit seribu memori duka dalam hidupnya. 

" kakak, dah masuk maghrib ni, kakak mandi nanti kita makan malam sama-sama yer..." 

Puan Aminna yang sudah lengkap bertelekung tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada 7 orang permata hatinya itu. Kasihnya tidak pernah terlebih atau terkurang antara ke tujuh-tujuh zuriatnya dengan suaminya itu. Didikan agama amat dititikberatkan sejak anak-anaknya di dalam rahimnya lagi....

" ibu..., nanti kakak tolong ibu masak ye..." Awanis mencium pipi wanita itu sebelum melangkah ke bilik air...Puan Aminna hanya tersenyum dengan keletah anak perempuan tunggalnya itu. Awanis sangat manja dengan nya sejak dari kecil lagi. Dalam senyum yg terukir di bibir Puan Aminna ada resah yang bertamu di hati wanita itu.. Bagaimana jika dia tiada lagi nanti, siapa yang akan menjaga Awanis, satu-satunya puteri hidupnya. Puan Aminna termenung sejenak, memikirkan masa depan anak perempuan tunggalnya itu.

selesai makan malam dan solat isya berjemaah bersama ibunya, Awanis duduk dibirai katil biliknya, Puan Aminna pula sedang menunaikan solat sunat di ruangan solat. Memang begitulah kebiasaan Puan Aminna yang bakal menunaikan haji bersama suaminya tahun hadapan.Rumah itu sunyi sepi kerana adik2 Awanis masing-masing berada di perantauan. 

Awanis memandang setiap genap ruangan biliknya itu. Sunyi. Tiba-tiba terdetik di hati kecilnya alangkah indahnya jika biliknya itu masih dikongsi bersama arwah kakaknya. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah mengambil nyawa Nurul Amillia, satu-satunya kakak yang dia ada di dunia ini. 

Walaupun dia dan Nurul Amillia berlainan ibu, namun Awanis tidak pernah melihat Amillia sebagai orang luar, malahan Puan Aminna sendiri sangat menyayangi Nurul Amillia yang membesar dibawah jagaan suaminya. Selepas umur Nurul Amillia mencecah 18 tahun barulah jagaannya berpindah kepada ibu kandungnya iaitu bekas isteri pertama suami Puan Aminna yang bekerja di kuala lumpur.

 Encik Suhaimi pula tidak pernah membezakan kasih sayang antara Nurul Amillia dengan anak-anaknya yang lain. walaupun Amillia telah berumahtangga dan memiliki dua orang cahaya mata, kasih sayang Suhaimi terhadap Amillia masih sama seperti dahulu. Cuma Allah lebih menyayangi anak sulungnya itu. Suhaimi merelakan pemergian Amillia yang sudah hampir 2tahun berlalu. Kini bekas menantunya telah pun berkahwin  semula demi menggantikan kasih sayang seorang ibu kepada dua orang anak arwah. 

Awanis membuka almari pakaiannya, kelihatan sebuah kotak coklat berbalut riben terletak disudut peti almari pakaianya. Lama Awanis menatap kotak yang berisi sehelai selendang putih pemberian seseorang suatu masa dahulu.... 


                                                                                                                       Bersambung................

25 january 2012 
3:09 pm 
Shah Alam

Beberapa hari saja lagi cuti semester Awanis akan berakhir. Semester baru dan tahun akhir bagi Awanis akan bermula. Entah mengapa terasa berat hati untuk meninggalkan rumahnya kali ini. Awanis mengambil beg pakaian nya dan memasukkan pakaian yang yang sudah siap dilipat. di capai nya kotak yang berisi selendang putih pemberian Ashrul, saat itu entah kenapa ada sendu yang bertamu di lubuk hatinya. perlahan Awanis memasukkan kotak tersebut ke dalam beg pakaianya. Biarlah selendang itu dipulangkan kepada tuannya. Awanis memicit kepanya yang berdenyut2 sejak semalam...mungkin terlalu banyak berfikir tentang keputusan yang baru keluar. targetnya  untuk mendapat 3 pointer tak kesampaian. Awanis pasrah. itu jer rezeki untuknya, alhamdulillah. 


Bas Ekspress ke shah alam sudah pun tiba di perkarangan stesen , Awanis bingkas mencapai beg pakaian nya menuju ke arah bas tersebut sambil di ekori oleh kedua ibu dan abahnya yang menghantar Awanis ke stesen bas. kadang-kadang Awanis terfikir sampai bila la die harus hidup bergantung kepada ma dan abahnya, umurnya kini sudah mencecah 26 tahun tapi masih bergantung sepenuhnya kepada abahnya yang sudah pun pencen. Awanis merasa kesal mengenangkan dirinya yang masih tidak dapat membalas jasa dan budi kedua ibu bapanya. dalam hatinya ingin cepat habiskan belajar supaya dapat berbakti kepada ibu dan bapanya yang sudah tidak kuat untuk bekerja. Kalau boleh biarlah dia yang menanggung perbelanjaan persekolahan adiknya pula.
" Kalau dah sampai nanti jangan lupa telefon ma atau abah yer...jaga diri baik-baik, pandai-pandai cari kawan, jangan sampai kita terpengaruh dengan kawan. Pilih kawan yang elok perangai. " Awanis merasa sebak dengan pesanan ibunya, perlahan tangan ibunya di dicium dan pipi ibu dan ayahnya nya di kucup erat. kemudian awanis menagmbil tempat duduk nya di dalam bas berhawa dingin itu. sambil melambai ke arah ibu dan ayahnya, awanis menyesuaikan diri di tempat duduk 'single seat' itu. bas ekspress dua tingkat itu bergerak meninggalkan perkarangan stesen bas dungun menuju ke destinasi shah alam.

Qasih 5

Hari ini Awanis nekad untuk bertemu dengan Ashrul, bukan untuk menagih janji, tapi untuk memulangkan semula semua pemberian lelaki itu. Dia tidak tegar untuk terus menyimpan segala kenangan dari lelaki itu. Berbekal kan segala keyakinan di hatinya, dia menggagahkan diri untuk bersemuka dengan lelaki itu.





1 comment: