Friday, March 25, 2011
TERIMA KASIH BONDA
Sempena hari lahirku yang ke-25 (26 Mac 1986)
introduce my luvly mum yang temankan fa ke konvokesyen kat UTM Skudai, mase tu adik bongsu (Mohd Fitri) yang snap pic nie,time ni abah tak dapat ikut sekali sebab abah still kat offshore tak cuti lagi, so kitorg tumpang umah along, sepupu fa yang duk kat Pasir Gudang selepas almost 12 jam kot travel from Dungun to Larkin...finally i got my Diploma In Architecture setelah bekerja keras selama 3 tahun.alamak..terover la pulak..actually post nie mase my birthday for this year bulan march aritu...okay now kite continue the previous post nie...
Aku mawar nan mekar dari rahimmu, bonda. Di tiap hujung dedaunku, ada embun kasihmu yang salju. Hatta hangat mentari pun tak bisa membakarnya.
Berkali kutersungkur di kaki takdir, mesra dipeluk belaianmu. Bonda, aku berdoa bersama purnama dan kejora di langit-di sini. Di kala perantaraan begini, rindu kian berahi. Hatta sering kuberbicara dengan Tuhan- Ampuni dan rahmati dirimu, bonda.
Kau lantera yang menyinar kegelapan. Kau penawar saat aku terluka. Kau suri nian yang tegar cekal. Dan kaulah jua bonda, mencetus inspirasi kala khali menyapa. Kerna kau tetap insan yang bernama bonda- buatku dan buat adik-adikku. Lalu kita ini tamsilan saffi sebuah perhubungan.
Duhai bonda, dari kejauhan ini, aku kepingin amat mencium wangi syurgawi di kedua telapakmu.
Walau setinggi manapun aku, masih tetap kau jadi ratu. Bonda, 9 bulan kau mendukung nyawaku dan hari ini adalah hari perjuanganmu. Aku figura wanita pertama dan terakhir yang menghuni rahimmu, bonda. Lalu dengan tumpahan darah pengorbanan dan air mata kesyukuran, tangisku memecah gharisah peritnya sebuah kelahiran.
Hari ini, 25 tahun aku hidup dalam nafas perjuanganmu. Terima kasih Bonda!
Tulus dari hati buat bonda Aminah bt Mat
Anakanda Nur Faezah Bt Che Soh
26 Mac 2011
UiTM, Shah Alam
No comments:
Post a Comment